Saturday, January 18, 2014

AKU



aku hanya insan biasa 
seperti manusia lain 
yang tak lari dari melakukan kesilapan 
dosa tak tertanggung banyaknya 
hmmmmm .....

betapa lemah dan rapuhnya iman aku
setiap hari aku berdoa
meminta
merayu pada Nya
supaya dijauhkan dari hasutan syaitan
dijauhkan dari buat dosa
dijauhkan dari memikirkan sesuatu yang tidak elok
tapi kenapa aku masih melakukannya ?
adakah sebab aku ni terlalu lemah ?
terlalu lemah untuk menghindarinya
dan lebih rela mengingkari Allah .

aku tak sanggup ya Allah
aku tak sanggup lagi
mengapa aku jadi begini ?
seperti ada suara yang menyuruh aku melakukannya
walaupun aku tidak mahu
tetapi seperti dipaksa
ataupun memang diri aku sendiri yang nak buat ?
sejujurnya
aku memang tak ingin melakukannya
kerana ia sangat terkutuk.

aku bingung
tak tau nak buat apa lagi
dosa yang sedia ada dah terlalu banyak kepada Mu
ditambah pula dosa yang aku buat dengan orang
dengan sahabat sendiri
ya Allah ...

ada orang pernah berkata kepada aku
kalau buat salah dengan Allah
minta ampun dariNya
insyaAllah Dia akan ampunkan
kerana Dia Maha Pengampun
tapi kalau buat salah dengan orang
susah untuk minta maaf
susah untuk dia memaafkan kita 
kerana tak semua manusia pemaaf
yang sanggup memaafkan orang lain .
hmmmmm ...

aku takut
orang tu takkan maafkan aku sampai bila bila
aku sedih
aku takut
apa yang perlu aku buat ?
aku bingung
tapi hanya satu yang aku nak cakap
aku tak pernah terniat
hendak mengkhianatinya
hendak melakukannya .

percayalah
diri ini sentiasa berdoa 
agar dijauhkan dari melakukannya
kerana aku tak sanggup lagi 
mengkhianati persahabatan kita
aku sentiasa berdoa
agar orang itu dapat memaafkan aku
dengan seikhlas ikhlas hati ..


Thursday, July 11, 2013

untitle

sejak kebelakangan ni hati aku tak tenteram , banyak benda yang bermain dalam kepala aku . emosi aku sekarang mudah terganggu . tapi aku cuba sorokkan .  aku buat biasa je depan semua orang , macam syahid yang biasa , ceria , talkative . tapi dalam hati aku , hanya Allah je yang tahu . aku taktau aku nak mengadu dengan siapa sebab aku rasa aku tak yakin nak cerita dengan orang , walaupun aku ada ramai kawan , tapi tak semua kawan kita yang sanggup berkongsi di saat kita duka betul tak ? hanya pada Allah dan blog ni jelah tempat aku mengadu .

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan

Alhamdulillah , bulan ramadhan sudah pun tiba tahun ini . bulan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di atas muka bumi ini . why do i say so ? sebab bulan ramadhan adalah bulan pengampunan bagi kita , bulan yang penuh dengan rahmat Allah . pada bulan ramadhan jugalah adanya malam lailatul qadar .

sebagai seorang manusia aku tak lari dari melakukan kesilapan . terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan sejak kebelakangan ni . aku banyak membuat salah kepada Allah . begitu juga dengan orang disekeliling aku . seorang kenalan aku baru  baru ni ada bagitau aku , dia cakap kalau ada buat Allah murka , mohon ampun daripadaNya , insyaAllah Dia Maha Pengampun . tapi kalau ada buat salah dengan orang , tu yang payah sikit sebab orang ni ada lain lain perangai . rambut sama hitam tapi hati lain lain . tu yang aku risau . aku banyak buat salah dengan orang . sampaikan aku telah mengkhianati kawan baik aku sendiri . aku telah buatkan dia hilang kepercayaan kepada aku . aku tau mesti dia fikir yang aku ni jahat . aku tak salahkan dia , memang aku yang bersalah . aku memang jahat . tapi aku belum bersedia nak minta maaf . terlalu besar kesalahan aku pada dia . aku hanya berdoa kepada Allah semoga lembutkan hatinya untuk memaafkan aku dan lupakan perkara tu . aku berharap sangat sangat  dia maafkan aku . setiap hari aku berdoa semoga hubungan persahabatan aku dengan dia akan kembali rapat seperti dahulu . aku tak mahu ulangi kesilapan itu lagi . aku bertaubat ya ALLAH !! :'(

aku berharap ramadhan pada kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan sempurna . insyaAllah ..

Wednesday, May 22, 2013

KENANGAN SEKOLAH RENDAH

Dulu masa sekolah rendah , aku rasa hampir semua orang ada sediakan satu buku khas untuk tulis biodata semua orang kan ? biodata kawan-kawan , then suruh diorang tulis dalam buku tu . ingat tak ? macam-macam benda yang kita tulis dalam tu , dan aku masih ingat lagi my own biodata .

Nama : Muhamad Syahid bin Ismail
Nickname : Syahid , Muhamad , Syah , Caed , Putera Raja
Tarikh Lahir : 13 June 1993
Tempat Lahir : Sungai Satan , Kelantan
Bil adik-beradik : 4 orang ( anak bongsu )
Nama Ayah : Ismail bin Alias
Pekerjaan : Pemandu
Nama Ibu : Zakinah binti Hassan
Pekerjaan : Penyelia PDK
Makanan Kegemaran : Nasi ayam yang umi masak
Minuman Kegemaran : Air Kelapa
Warna Kegemaran : Hitam , Merah Terang , Putih
Cita-Cita : Arkitek @ Engineer
Impian : Nak masuk Universiti
Harapan : Nak hantar Umi dengan Abah pergi Haji
Azam : Nak belajar sampai phd
Ucapan : ( Tak ingat ) :p

Bila ingat balik semua ni , kelakar pulak rasanya . sebenarnya ada banyak lagi dalam tu , kawan sejati la , kawan karib , kawan baik , kawan biasa haha . aku still ingat siapa kawan-kawan yang aku still tulis tu haha .  Actually memang dari dulu cita-cita aku nak jadi arkitek , memang first choice . Engineer was my second choice at that time . before masuk uitm penang aku dapat interview untuk Bachelor in Science Architecture di UiTM Shah Alam , tapi tak ada rezeki , then aku dapat pulak tawan Diploma in Civil Engineering di UiTM Penang . Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan . Aku bersyukur dan aku happy dengan kos yang aku bawak ni sekarang sebab memang architecture was my choice since childhood eventhough engineer was my second choice . Alhamdulillah impian aku yang aku tulis dalam biodata tu tercapai iaitu masuk Universiti . yang masih belum terlaksana Harapan dengan Azam tu . InsyaAllah jika diberi peluang dan dengan izin-Nya , aku ingin melaksanakannya , insyaAllah .

Sunday, May 19, 2013

AKU RAPUH ...

Kita hidup di dunia ni , hanya sementara . bukanlah selama-lamanya . selagi pintu taubat itu masih terbuka untuk kita , janganlah kita sombong untuk bertaubat kepadaNya sebelum pintu taubat itu tertutup rapat . Walau sejahat mana pun kita , walau sebanyak mana dosa yang telah kita buat , percayalah pintu taubat itu masih terbuka luas untuk kita . Allah itu Maha Pengampun . Semua manusia tidak lari dari melakukan dosa , begitu juga aku . Aku bukannya manusia sempurna . Aku begitu jahil , aku telah banyak melakukan dosa . aku telah tersasar jauh dari akidah-Mu Ya Rabb . 

Aku bukanlah sebaik yang disangkakan walaupun ada segelintir orang disekeliling yang memberitahu aku "syahid , kau ni baik ", " antara kami semua kau yang paling baik " , dan macam-macam lagi . aku hanya mampu tersenyum bila mendengar . siapa yang tidak bangga bila kita dipuji dengan sebegitu . Tapi hakikatnya , hanya Allah sahaja yang tahu . Aku merasakan aku telah menipu orang lain dan menipu diri sendiri . Aku lemah , mudah terpedaya dengan hasutan syaitan . betapa rapuhnya iman aku . Aku malu dengan diri sendiri , aku malu dengan Allah . Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi macam ni . Setiap hari aku berdoa semoga Allah memberikan petunjuk ke jalan kebenaran . setiap hari aku berusaha menahan diri dari melakukan sesuatu perkara yang akan membuatkan Allah murka .

Tapi kini , Alhamdulillah Ya Allah . Kau telah memberikan petunjuk kepadaku . Kau telah membuat ku sedar yang mana baik yang mana buruk . Aku bersyukur kepada mu Ya Allah . Aku sangat berharap ianya akan berkekalan sehingga ke hembusan nafasku yang terakhir . Tetapi aku takut .. aku takut aku akan berubah menjadi diri aku yang lama . aku takut aku akan rapuh dalam langkahku dan tidak setia kepadaMu . tapi dalam hati kecilku ini , aku berharap diriMu yang bertakhta .. InsyaAllah ...

Monday, April 22, 2013

MUHAMMAD KHAIRUL ADNAN BIN MUHD SANI :')

today is 22 april 2013 . a very big day for my friend , adnan a.k.a hidung . hari ni dia akan pergi jauh merantau ke tempat orang , dan hari ni juga merupakan hari jadi adnan . HAPPY BIRTHDAY NAN . sekejap je kita dah 20 tahun kan ? macam tak percaya je . daripada darjah satu sampai lah form 3 kita satu kelas , then kau pergi sekolah asrama dengan kawan2 kita yang lain . masa tu aku sedih gilaa sebab korang nak pergi sekolah lain , kau , hariz , hazim , zulhelmi , fauzul and the rest yang dapat 8A PMR . aku 7A je so i decided lah nak stay sg choh je haha . padahal memang taknak pi asrama pun . hoho .


dulu time sekolah rendah kau lah kawan lelaki yang paling rapat dengan aku , kau dengan hariz .  kita duduk sebelah2 , then bila ada apa apa pertandingan , kita selalu satu team haha . tapi satu je tak sama , SUKAN hahaha . aku bab2 sukan ni memang fail lah kan haha kau dengan emy main rugby sampai peringkat kebangsaan . haha . 

time ni kita menang no 1 buat rojakk hahah
time sekolah menengah pun kita busy masuk pertandingan itu ini . nasyid lah , folia kerjaya lah , english parlimentary debate la macam2 . aku busy dengan pengakap , kau busy dengan sukan haha .


haha pertandingan ni kita kalah eh ? :D


time ni kita pi rombongan ke cameron kalau tak silap . dulu semua kecik je , sekarang semua dah besar  , semua dah bawa haluan masing-masing 


ni pertandingan folio , punyalah lama nak menyiapkan folio kerjaya ni . sampai pi klinik gigi temuramah doktor gigi tu bagai  . last2 video yang kita rekod tu tak boleh play haha . habis tak ada bukti haha .

gambar ni paling kelakarr hahahaha

ni time form 4 . ni waktu hari kecemerlangan PMR . time ni korang semua dah masuk asrama . then korang semua datang balik nak amik anugerah . btw , apa syapie buat dekat belakang tu ?? hahaha


bila tengok gambar ni teringat kenangan time kita semua sekolah dulu . macam-macam kerenah , aku  lah yang penat sebab aku jadi ketua kelas dari form 1 sampai form 5 kena sentiasa memastikan kelas kita senyap dan bersih hehe .

tu semua cerita dulu , dah jadi kenangan . kenangan manis buat kita semua . sekarang dah lain . semua dah lain , semua dah besar . tupp tupp hari ni kau dah nak fly pergi Perancis , sambung study sana 5 tahun . lepas ni dah susah la nak jumpa kau . sekali setahun baru dapat jumpa , tu pun kalau aku cuti jugak time kau balik haha . tiba-tiba je aku rasa sedih sekarang ni , taktau kenapa . maybe aku banyak spent time dengan kau before kau nak fly ni , setiap hari teman kau shopping sampai nak patah kaki haha . nanti bila dah sampai negara orang tu pandai-pandailah bawa diri . aku tau kau boleh , kau kena yakin dengan diri . kita selalu cerita pasal kahwin haha aku harap kau akan jumpa jodoh yang baik nan , aku harap kau tak akan dikecewakan lagi insyaAllah . Allah tu Maha Adil . jangan risau .

aku akan sentiasa doakan kesejahteraan kau bila kau dekat sana nanti , selalu-selalulah berhubung dengan kitorang , dunia sekarang dah maju , wasep , wechat , skype , oovoo semua ada haha . kalau ada masa dan ada duit , kitorang datang melawat kau dekat france sana . majid dah pesan suruh menabung awal2 haha insyaAllah . semoga persahabatan kita akan kekal dan dirahmati Allah :')


with love *Syahid Ismail <3 nbsp="" p="">

Saturday, March 2, 2013

selamat hari lahir umi



Dia umiku ,
Dan dia hanyalah satu .
Tiada peganti buatnya ,
Walau seluruh dunia digadaikan kepadaku .

Dengan harta,
Kasih sayangnya takkan mampu kusaingi .
Dengan kegemilangan nama ,
Perjuangannya membesarkanku takkan mampu kutandingi .
Dan bukanlah itu yang dia pinta kepadaku selama ini ,


Umiku bukan bidadari sempurna ,
Tetapi dia kekal sebagai bidadariku di dalam jiwa ,
Dan bukanlah sikit sesalanku ,
Terhadap kecacatanku dalam menjadi yang disenanginya .

Selamat Hari Lahir Umi ,
Terima kasih atas segalanya yang tidak mampu kutulis ,
Sungguh aku bukan sempurna dalam meyayangi ,
Tetapi aku sentiasa berusaha agar senyumanmu sentiasa terlukis .

Tiadalah akanku mampu membalasmu dengan dunia .
Maka aku berusaha agar mampu membawamu ke syurga  .
Kerna aku mencintaimu Umi ,
Dengan sebenar-benar cinta .