Saturday, January 18, 2014

AKU



aku hanya insan biasa 
seperti manusia lain 
yang tak lari dari melakukan kesilapan 
dosa tak tertanggung banyaknya 
hmmmmm .....

betapa lemah dan rapuhnya iman aku
setiap hari aku berdoa
meminta
merayu pada Nya
supaya dijauhkan dari hasutan syaitan
dijauhkan dari buat dosa
dijauhkan dari memikirkan sesuatu yang tidak elok
tapi kenapa aku masih melakukannya ?
adakah sebab aku ni terlalu lemah ?
terlalu lemah untuk menghindarinya
dan lebih rela mengingkari Allah .

aku tak sanggup ya Allah
aku tak sanggup lagi
mengapa aku jadi begini ?
seperti ada suara yang menyuruh aku melakukannya
walaupun aku tidak mahu
tetapi seperti dipaksa
ataupun memang diri aku sendiri yang nak buat ?
sejujurnya
aku memang tak ingin melakukannya
kerana ia sangat terkutuk.

aku bingung
tak tau nak buat apa lagi
dosa yang sedia ada dah terlalu banyak kepada Mu
ditambah pula dosa yang aku buat dengan orang
dengan sahabat sendiri
ya Allah ...

ada orang pernah berkata kepada aku
kalau buat salah dengan Allah
minta ampun dariNya
insyaAllah Dia akan ampunkan
kerana Dia Maha Pengampun
tapi kalau buat salah dengan orang
susah untuk minta maaf
susah untuk dia memaafkan kita 
kerana tak semua manusia pemaaf
yang sanggup memaafkan orang lain .
hmmmmm ...

aku takut
orang tu takkan maafkan aku sampai bila bila
aku sedih
aku takut
apa yang perlu aku buat ?
aku bingung
tapi hanya satu yang aku nak cakap
aku tak pernah terniat
hendak mengkhianatinya
hendak melakukannya .

percayalah
diri ini sentiasa berdoa 
agar dijauhkan dari melakukannya
kerana aku tak sanggup lagi 
mengkhianati persahabatan kita
aku sentiasa berdoa
agar orang itu dapat memaafkan aku
dengan seikhlas ikhlas hati ..


No comments:

Post a Comment