Saturday, March 2, 2013

selamat hari lahir umi



Dia umiku ,
Dan dia hanyalah satu .
Tiada peganti buatnya ,
Walau seluruh dunia digadaikan kepadaku .

Dengan harta,
Kasih sayangnya takkan mampu kusaingi .
Dengan kegemilangan nama ,
Perjuangannya membesarkanku takkan mampu kutandingi .
Dan bukanlah itu yang dia pinta kepadaku selama ini ,


Umiku bukan bidadari sempurna ,
Tetapi dia kekal sebagai bidadariku di dalam jiwa ,
Dan bukanlah sikit sesalanku ,
Terhadap kecacatanku dalam menjadi yang disenanginya .

Selamat Hari Lahir Umi ,
Terima kasih atas segalanya yang tidak mampu kutulis ,
Sungguh aku bukan sempurna dalam meyayangi ,
Tetapi aku sentiasa berusaha agar senyumanmu sentiasa terlukis .

Tiadalah akanku mampu membalasmu dengan dunia .
Maka aku berusaha agar mampu membawamu ke syurga  .
Kerna aku mencintaimu Umi ,
Dengan sebenar-benar cinta .

Wednesday, February 27, 2013

pesanan ikhlas .

time kita senang , ramai kawan yang berpusu-pusu datang dekat kita . but when we are in trouble or in a bad condition , they just walk away without looking back nor help us . but still aku bersyukur kepada mu ya Allah kerana aku ada kawan yang mengambil berat pasal aku , berkongsi suka dan duka bersama dan bukannya sekadar berkongsi 'suka' sahaja . that is what we call as a true friends . kawan sejati . mungkin sekarang ni korang tak faham atau masih tak nampak lagi apa yang aku tulis kat atas sekali tu , but believe me , suatu hari nanti anda juga akan mengalaminya dan memahaminya . mungkin sekarang kita semua tak pernah rasa susah lagi , but once you have experienced it , you will understand for what i am trying to explain here .

tapi jika kita betul- betul mempunyai kawan yang sanggup bersama ketika susah , hargailah sahabat korang itu kerana tidak semua kawan kita boleh menjadi seperti itu . tapi jika ada kawan kita yang sebaliknya , janganlah kita meninggalkannya atau menyalahkan nya tapi kita perlu tunjukkan pada mereka apakah erti sebenar sebuah persahabatan yang murni dan diredhai Allah kepada mereka so they will know . kalau mereka masih tak nampak lagi , let them be . satu hari nanti mereka akan memahaminya sendiri . 

Thursday, January 31, 2013

CINTA ??

assalamualaikum semua . post untuk kali ni aku nak bercerita tentang cinta . haha agak kelakar dan geli sebenarnya nak cerita pasal cinta ni sebab aku sendiri pun tak pernah bercinta . mungkin ada yang tak percaya tapi memang ni lah realitinya hihi . walaupun aku tak pernah kepel-kapel ni , tak bermakna aku tak tau apa-apa pasal cinta . aku selalu perhatikan orang-orang yang bercinta , berkapel ni semua . macam-macam kerenah dan macam-macam ragam ada . ada yang setia , ada yang simpan banyak spare part , ada yang kuat cemburu , ada yang kuat merajuk , ada yang tak ikhlas dan macam-macam lagi . majoriti kawan-kawan aku semuanya sudah berpunya haha .

tapi yang membuatkan aku tak faham dengan cinta ni , ataupun apa yang dapat aku tengok pada 'cinta' zaman sekarang ni macam tak seimbang . unbalance orang putih kata . sebab apa ? sebab susah nak cari orang atau pasangan yang betul-betul ikhlas . maksud aku diorang tak jujur dalam perhubungan diorang . diorang just kapel atau bercinta sekadar untuk mengisi masa lapang dan untuk main-main je . ni berdasarkan apa yang aku tengok la . aku rasa kalau korang ada niat macam ni , baik lupakan jelah niat korang untuk bercinta . buang masa dan menambahkan dosa je . kalau nak kapel sangat perlu tanamkan niat dengan betul yang korang nak kekalkan sampai ke jinjang pelamin . calon suami/isteri korang . ni tak , main-main macam tukar baju pun ada . ish ish .

bagi aku sebagai student ni , bukannya masa untuk semua tu . maybe ada yang tak setuju dengan pendapat aku ni , tapi aku just utarakan pendapat aku je . sebab aku rasa benda ni akan mendatangkan lagi banyak masalah . lagi-lagi kalau korang bergaduh dengan pasangan korang . mulalah nanti bad mood , pelajaran terganggu . ada member aku yang dah clash , sampai rasa nak bunuh diri pun ada . maybe aku tak pernah merasa benda-benda ni semua , but seriously majoriti kawan-kawan aku kalau diorang ada masalah dengan kapel dorang , dorang mesti cerita dan mintak pendapat dari aku . bukanlah aku nak cakap yang aku ni bagus sangat sampai semuanya nak mintak tolong dari aku , tapi masalahnya memang betul pun . aku pun pernah jugak terasa nak kapel-kapel ni , aku pun manusia biasa juga kan . tapi bila aku fikir-fikir balik , baik tak payah . aku lagi selesa macam ni . tak payah nak pening-pening kepala .

aku pernah cerita kat member aku kat sini yang aku nak bercinta lepas kawin , then dorang gelak kan aku hahaha . siot je . diorang kata mustahil . aku cakapla apa yang mustahilnya . aku rasa lagi indah kalau kita bercinta lepas kawin , so nanti aku nak suruh umi aku carikan lah hahaha . tak kesah la tu , yang penting aku nak belajar dulu . mana la tau kot kot sem depan ke aku ada jumpa hihi .

ni pendapat aku je . kalau ada yang terasa atau tak setuju , jangan marah eh ;)

Thursday, November 22, 2012

Mas Haidatul Aqma bt Maarof - 22 Nov


hahaha sori kema aku curi gamba ni dekat twitter taqi hahaha . happy birthday weh , semoga berbahagia bersama taqiuddin tohid haha . walaupun kau nak berahsia dengan kitorang semua , tapi kitorang tau dah , tak payah nak sorok2 , benda baik kan ? haha . semoga segala cita-cita dan impian kau akan tercapai , in shaa Allah :D

Nurul Hanani bt Ahmad - 21 Nov


happy birthday nani , aku doakan kau akan berjaya dunia akhirat . aku doakan jugak semoga kau cepat2 kawin dengan emy haha . semoga berbahagia weh . semoga dapat ramai anak , jangan risau , emy tu kuat hahaha . aku doakan kau akan berjaya dunia dan akhirat , in shaa Allah :)

Sunday, November 18, 2012

Nik Akmar Marini Nik Othman :)


first of all , happy birthday to my dearest nik . my beloved friend . kawan yang selalu ada time aku susah dan senang , yang selalu mendengar masalah aku . aku sedih gila bila kau cakap kau nak buat fast track dulu , nasib baik fast track tu dah tak ada untuk sem dpan hehe . kalau boleh aku nak kita graduate dip semua sama2 sengan geng2 kita . kau lah kawan paling rapat dengan aku dekat uitm selain bell , niza dengan kak champ . all the best to u nik . aku akan sentiasa mendoakan kejayaan kita semua . semoga apa yang kau inginkan akan tercapai . kalau tak tercapai jangan sedih , sebab tak semua benda yang kita nak akan tercapai . lumrah kehidupan . once again thanks for being my friend . friendship forever . lots of love - sano izumi :D 

Sunday, November 11, 2012

result final exam for sem 3 .

4 flat ? dean list ? hanya mampu tersenyum untuk sem ni :) okay . sem ni punya result agak menurun daripada sem sebelum ni . daripada 3.58 jatuh 3.43 jatuh 3.39 . yes , result aku sem ni 3.39 . bagi aku result aku biasa je , kalau nak compare dengan yang lain . tipu la kalau aku cakap tak sedih . tapi kalau nak dibandingkan dengan kawan2 aku yang tak bernasib baik , aku terfikir . bersyukur la syahid kau tak ada fail . tipu lah kalau aku tak jeles dengan kawan2 aku yang dekan . tapi aku bangga dengan korang sebab korang  dapat maintain result korang .

for those yang dapat result yang tak berapa nak memberansangkan , aku tau korang sedih . aku faham perasaan korang , tapi satu je nasihat aku . jangan rasa terlalu down , sampai nak berhenti belajar semua . perjalanan kita masih jauh . kita masih ada 3 sem lagi untuk diharungi . kalau kita belajar bersungguh2 , insyaAllah , result tu boleh naik untuk cover balik cgpa kita sekarang . yang penting , kita kena usaha , dah usaha baru tawakal . Allah tu Maha Adil . jangan berhenti berdoa . yang paling penting , jangan tinggal solat . ni pun peringatan untuk diri aku sendiri . ada yang cakap dengan aku "member2 aku yang kaki clubbing , kaki disco semua dapat result gempak2 , kenapa aku tak !" jangan sesekali berfikir macam tu . rezeki tu di tangan Allah , siapa lah kita nak mempersoal kan tentang rezeki . kalau korang rasa sedih , down , better jangan pendam , share lah dengan someone yang korang percaya . "apa gunanya kawan kalau bukan untuk memahami " :)